Sempena memuliakan Ulang Tahun ke-80 Keputeraan KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah pada 24 Oktober ini, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah melancarkan Setem dan Sampul Surat Hari Pertama Warisan Negeri Pahang.
KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan melancarkan setem khas berkenaan yang bernilai 60 sen, 80 sen dan RM 1.00 yang memaparkan antaranya alat kebesaran diraja, tenun Pahang, cop mohor selain potret baginda dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan akan mula dijual mulai 24 Oktober ini. Turut berangkat pada majlis tersebut, DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hjh. Kalsom; KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah al-Haj; Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Haji Adnan Yaakob dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Menurut Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat; koleksi setem itu dikeluarkan sebagai memperingati warisan turun-temurun keluarga diraja Pahang dan menghargai kedaulatan pemerintahan baginda.
“Melalui usaha ini juga, ia dapat mengembangkan pengetahuan berkenaan warisan keluarga diraja yang begitu unik.
“Kami juga bangga kerana diberi peluang oleh kerajaan negeri untuk menghasilkan setem ini serta menzahirkan penghargaan kami kepada ke bawah duli tuanku bagi mengekalkan budaya dan warisan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sampul surat hari pertama pula dijual pada harga 30 sen manakala folder berharga RM 5.50.
Maisara Noor Ahmad dari Pos Malaysia menunjukkan setem khas "Warisan Diraja Pahang"
dah dapatkan FDC ni..cuma x upload dlm blog je lagi..
ReplyDeleteWow, tahniah. Koi pun dah ada First Day Covers te, cuma tak sempat nak share
ReplyDelete