Bersempena dengan ulangtahun keputeraan ke-80 KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah esok, Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abd. Razak, SPMK., SPMS., DMK., SSSJ., SPSA., SSAP., SIMP., SPNS., SPDK., DUNM., DP., DPMS., DSAP., PNBS. mendapat penghormatan dengan mendahului senarai 1,211 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang.
Beliau dianugerahkan Darjah Kerabat (DK II) Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormat (Most Esteemed Order of the Royal Family of Pahang). Darjah kebesaran ini mula dizahirkan (diperkenalkan) pada 25 Mei 1967 oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Tahniah Dato’ Orang Kaya…
No comments:
Post a Comment