Carian di Pancapersada

Yang Sudi Singgah

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 1957 di Kuantan

Sempena kemerdekaan ke-53 hari ini, ingin saya berkongsi dengan pemantau setia Pancapersada beberapa gambar memoir sambutan kemerdekaan yang telah di adakan pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957 bersamaan 5 Safar 1377 H di Padang Utama Kuantan (Padang MPK 2, berhadapan Masjid Negeri sekarang). Gambar-gambar ini boleh didapati dalam buku Early Kuantan Pictures 1903 - 1963, susunan Chan Meng Sing (2007).

Almarhum Baginda Sultan Pahang Abu Bakar (dalam bulatan)

Disebabkan ketika itu Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Pahang Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muadzam Shah ibni Almarhum al-Muadzam al-Mu'tasim billah Sultan Abdullah berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri upacara rasmi di Stadium Merdeka (gambar atas), maka Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Haji Ahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar telah diamanahkan bagi membuat perisyhtiharan Declaration of Independence.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Haji Ahmad Shah sedang membaca perisytiharan kemerdekaan

Selepas kemerdekaan diisytiharkan, laungan 'Merdeka' dikumandangkan sebanyak 3 kali

Doa dibacakan agar kemerdekaan terus kekal terpelihara

Tengku Mahkota Pahang melakukan pemeriksaan barisan Guard of Honour

2 comments:

  1. Salam Tuan,
    Saya ingin bertanya mengenai gambar2 yang diatas. Bagaimanakah saya boleh memperolehi salinan gambar 2,3 dan 4? Dalam gambar itu adalah arwah bapa saya berbaju melayu putih. Saya boleh dihubungi melalui e-mel, benhasrul@le-prestige.com.my atau 016-9481007.
    Terima kasih.
    Hasrul

    ReplyDelete
  2. Salam kembali...

    Gambar berkaitan saudara boleh dapatkan di Chan Chew Photo Studio, No. 41 Jalan Mahkota Kuantan.

    Pada tahun 2007 anak mendiang Chan Chew (1880-1951) iaitu Chan Meng Sing telah mendokumentasikan sebahagian besar gambar bersejarah Kuantan dalam bukunya "Early Kuantan in Pictures 1903-1963".

    Selamat menerobos ke relung masa..

    ReplyDelete