Carian di Pancapersada

Yang Sudi Singgah

Sunday, July 11, 2010

Pahang dan Polo

Berikut merupakan terjemahan bebas wawancara KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah bersama Dato' Abdul Aziz Rahman. Teks asal dalam bahasa Inggeris (rujuk http://rmpa.org.my/news/news_body.php?id=13 untuk bacaan lanjut)

Asal-Usul Polo di Pahang

Segalanya bermula setelah nenda kepada KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah iaitu Sultan Perak ke-30, Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Sir Iskandar Shah al-Kaddasu'llah ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah yang berkenan menghadiahkan seekor kuda polo sempena istiadat perkahwinan puteri baginda, Almarhumah Raja Fatimah dengan Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muazzam Shah pada tahun 1926. Sejurus selepas itu, Royal Pahang Polo Club telah ditubuhkan.

Hasil dari dokongan kerabat diraja serta masyarakat di Pekan, sukan polo telah mengalami perkembangan yang memberansangkan. Seawal tahun 1938, Almarhum Sultan Abu Bakar telah menyertai beberapa pertandingan polo yang dianjurkan, bahkan baginda sendiri telah mengetuai pasukan polo ke kejohanan Piala Batavia di Indonesia. Selepas itu juga pasukan Royal Pahang telah aktif menyertai beberapa kejohanan di Singapura, Johor and Brunei. Sejak tahun 1967 – hinggalah ke generasi ketiga sekarang – pertandingan antara Royal Pahang dengan Manila Pola telah diadakan secara tahunan.Tuanku Sultan Ahmad Shah dan Polo

KDYMM Sultan Ahmad Shah sendiri mula berjinak-jinak dengan sukan polo seawal tahun 1957 tatkala usia baginda 27 tahun dan baru 3 tahun mendirikan mahligai rumahtangga. Menurut baginda, tatkala itu YAM Tengku Arif Bendahara begitu tekun melatih baginda dalam sukan polo dan sedikit demi sedikit Tuanku telah berjaya menaikkan handicap dari – 4 ke 0. Pada kemuncak karier Tuanku dalam polo, baginda bermain sejumlah 5-gol handicap.

Kejohanan Paling Diingati

Antara yang paling diingati ialah ketika pasukan Royal Pahang Polo Club yang diketuai Almarhum Sultan Abu Bakar telah berjaya menewaskan pasukan Singapura. Selain KDYMM Sultan Ahmad Shah, pasukan tersebut turut dianggotai oleh Talha dan Cik Ismail.

Pada tahun 1973 pula, pasukan Pahang pernah menang dalam kejohanan di Manila. Yang manisnya ketika itu, Almarhum Sultan Abu Bakar merupakan tetamu negara kepada Presiden Filipina.

Selain itu, kejohanan di Brunei juga sentiasa menjadi kenangan kerana ketika itu pasukan KDYMM Sultan Ahmad Shah turut disertai oleh kedua-dua anakanda putera Tuanku iaitu KDYTM Tengku Mahkota, YAM Tengku Muda dan turut disertai oleh YAM Tengku Asmawi.

Kenangan Manis

Peluang bermain bersama tokoh-tokoh terkenal merupakan kenangan yang paling manis; antaranya dengan Duke of Edinburgh Putera Phillip (suami kepada Queen Elizabeth II), Almarhum Sultan Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei; Lord Beresford, Lt. Kol. Jeremy Railton, Zobelle Vijay Lukshumeya dan juga Skrin.


ROYAL MALAYSIAN POLO ASSOCIATION (RMPA)


Penaung

KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Al-Mustasim Billah Al-Sultan Abdullah.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muazam Shah.

Presiden

KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Timbalan Presiden

YAM Tengku Sri Panglima Raja Terengganu, Tengku Dato' Seri Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktaffi Billah Shah

YH Dato' Mohamed Moiz bin Jabir Mohd. Ali Moiz

Setiausaha Agong

YH Dato' M. David Morais

Bendahari Agong

Mohamed Zekri bin Dato' Hj. Ibrahim

2 comments:

  1. Assalammualaikum Ustat Bad

    Perkenalkan diri saya Alfie, saya ingin bertanya Ustat Bad gambar dari "Tuanku Sultan Ahmad Shah dan Polo", saya berminat dan ingin minta izin untuk mengunakan gambar Tuanku di dalam tayangan slide bergambar dan di persembahkan kepada KDYMM Sultan Pahang semasa Temasya Sukan Malaysia Ke 15 Pahang 2012. Jika pihak tuan sudi saya menanti respon dari Ustat Bad. Ini email saya alfiearth75@gmail.com

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam kembali Alfie...

    Secara umumnya kebanyakan gambar hamba petik dari sesawang http://rmpa.org.my...Justeru hamba fikir tiada halangan untuk perkongsian.

    Ada jua yang merupakan koleksi peribadi dan taulan yang diimbas.

    Selamat berSUKMA.

    ReplyDelete