Dato' Badli Shah bin Alauddin; dilahirkan di Kg. Berkat, Maran, Pahang dan kini bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
Berkelulusan M.Sc (Falsafah & Tamadun Islam) Univ. Malaysia Terengganu, B.A (Hons.) Tafsir al-Quran, University al-Azhar, Mesir dan Diploma Dakwah, KUSZA.
Pernah menerima pingat Ahli Mahkota Pahang (2008), Ikon Belia Negara Negeri Pahang (2014), Darjah Indera Mahkota Pahang (2015) dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2016)
Secara profesional, menjadi Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (PSMCP).
Dalam dakwah, telah menjadi tetamu di televisyen sejak tahun 2002 di pelbagai stesen televisyen.
Juga telah menjadi tetamu di radio sejak tahun 2000 dipelbagai saluran radio dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment