Carian di Pancapersada

Yang Sudi Singgah

Tuesday, September 15, 2015

Mesyuarat MUIP Kali Ke-166





Hari ini (15 September, jam 10.00 pagi) Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), KDYTM Tengku Mahkota Pahang berkenan mempengerusikan Mesyuarat MUIP Kali Ke-166 Di Wisma MUIP Pekan

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri DiRaja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Dihormat Dato’ Sri Timbalan Yang Dipertua MUIP, Yang Berhormat Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Yang Hormat Dato’ Sri Mufti Pahang, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam Pahang turut hadir pada mesyuarat hari ini.

Sebagai perkongsian maklumat, Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (yang dilantik berdasarkan perkenan), diiktiraf sebagai antara jawatan Orang Besar Negeri Pahang; sama seperti Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Raja, Orang Besar Enam Belas, Orang Besar Istana dan Ahli Jumaah Pangkuan Negeri.


2 comments:

  1. السلام عليكم

    dato' bad..

    sahabat lama kat kusza.

    ana nak tanya ente...
    nama-nama pembesar berlapan yg ditulis oleh hugh clifford ialah penghulu raja tembeling, toh umbi dari jenang, toh subuh, che abdullah dari bera.

    manakala catatan f.a. swettenham pula ialah toh muda tunggal, toh jabe, toh omar...

    soalannya, siapa mereka itu, adakah org yg sama...apa nama tubuh badan mereka.

    sekian terima kasih dato' bad.


    dr syed abi ghufran syed ahmad
    0129603080

    ReplyDelete
  2. Salam kembali habibi...Syukran sudi singgah

    Ya, setakat ini senarai yang rasmi adalah sepertimana catatan F.A Swettenham (1885) iaitu:

    Toh Muda Tunggal
    Toh Jabe (Dato’ Setia Raja Tok Jebek)
    Toh Bangan
    Toh Omar
    Toh Penggawa
    Toh Lela
    Orang Kaya Lipis
    Orang Kaya Jelai

    Adapun perbezaan nama-nama dalam catatan Sir Hugh Charles Clifford, hamba berpandangan kemungkinan senarai itu lebih kepada tokoh-tokoh Pahang Warrior In Bahaman War’s (Those Who Stand With Pahang’s King Side: 1892)…Boleh rujuk senarai (the almost complete list of Pahang Warrior) catatan Linehan:

    1. Tengku Ali
    2. Haji Muhammad bin Mat Nor
    3. Imam Perang Sanggang
    4. Dato’ Umbi
    5. Pahlawan Lewi
    6. Pahlawan Tok Junid from Cenor
    7. Panglima Wan Ahmad from Tembeling
    8. Panglima Raja En. Yaakub

    Mengapa berbeza?

    Sepanjang perkhidmatannya sebagai Residen Inggeris di Pahang, Clifford gemar mencatatkan beberapa anekdot (bukan rasmi) dalam beberapa siri kompilasi: In A Corner of Asia (1899), The Further Side of Silence (1916), novel Saleh: Prince of Malaya (1926) dan beberapa penerbitan lain lagi

    Wallahu A’lam

    ReplyDelete