Salah satu percikan seni budaya Bugis yang diterima dengan senang hati oleh rakyat pribumi ialah satu unsur dalam rekacorak Kain Sarung bagi lelaki dan Kajang Sangga bagi wanita iaitu sejenis kain tenunan diperbuat dan bahan benang sutera asli.
Adalah bukti sahih bahawa di abad ke-16 Masehi, antara orang Bugis yang masuk ke negeri Pahang Inderapura, terdapat seorang pembesar bernama Keraing Aji. Beliau disifatkan sebagai pelopor rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Keraing Aji seperti mana yang disebut-sebut seringkali memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam dan bahan tenunan sutera permai yang dibawanya dari daerah Sulawesi, Aceh dan Riau. Selain memperkenalkan beberapa corak tertentu Keraing Aji yang bermastautin di Kampung Mengkasar Pekan, diceriterakan mempunyai pengetahuan dalam bidang menenun sutera. Oleh yang demikian maka ramai wanita khasnya surirumah berhasrat mempelajari cara-cara membuat kain Tenun daripada beliau. Bertempat di kediamannya, Keraing Aji yang semakin dikenali dengan panggilan Tuk Tuan telah membimbing anak buahnya beberapa kaedah menyediakan peralatan mewarna sutera mentah, seterusnya 'mengubung', 'menerau' dan 'menorak' serat sutera sehingga tercipta fabrik bermutu.
Memperkukuhkan bukti sejarah asal usul Tenun Pahang dimasyhurkan oleh orang Bugis, seorang penulis Inggeris Dr. W. Linehen mencatatkan bahawa :
"Tuk Tuan (Keraing Aji) seorang pembesar Bugis telah masuk ke Pahang pada tahun 1722, beliaulah yang memperkenalkan kain tenunan tangan kepada penduduk negeri Pahang, khasnya bagi penduduk di daerah Pekan".
Kepandaian Tuk Tuan (Keraing Aji) dalam bidang menenun serta menzahirkan rekacorak baru menyebabkan beliau dikagumi oleh masyarakat. Bekas pembesar Bugis ini memanfaatkan usianya dengan memberi tunjuk ajar dan melatih para penenun menghasilkan rekaan fabrik halus permai sehinggalah hayatnya dijemput Azali, kembali ke Rahmatullah. Jasad Tuk Tuan disemadikan di perkuburan Islam Kampung Mengkasar, Pekan. Kembalinya Tuk Tuan ke Rahmatullah tidak mematahkan semangat anak buahnya meneruskan kerja menenun dan menzahirkan rekacorak lebih gemilang. Bahkan di dalam kebanyakan rumah melayu di daerah Pekan terdapat peralatan kayu 'Kek' yang dimanfaatkan oleh suri rumah dan gadis-gadis pada waktu terluang menenun bahan pakaian untuk keluarga dan juga dijual sebagal sumber rezeki.
Kewujudan fabrik tenunan asli di Pahang khususnya dan di Semenanjung Tanah Melayu umumnya diperkuatkan lagi oleh T.J. Newbold dalam bukunya yang menyatakan :
"Bahawa ada seorang berbangsa lnggeris bernama Gray, telah menjualkan satu tong sutera mentah yang sudah rosak akibat air hujan. Harga bagi satu tong sutera mentah itu ialah RM305."
Adanya catatan sedemikian oleh kedua-dua penulis lnggeris itu membuktikan bahawa fabrik tenunan tradisi orang Melayu sesungguhnya menarik perhatian kerana mempunyal nilai tersendiri. Secara tak langsung lnggeris yang pada masa itu cukup berpengaruh dalam pentadbiran Semenanjung Tanah Melayu turut berperanan memajukan perusahaan menenun sutera menjadi suatu industri yang lebih menguntungkan rakyat setempat.
Bibliografi
W. Linehen, (1932) The History of Pahang dlm JMBRAS, vol. LXV III., part 1
Political and Statistical Account of The British Empire in The Straits of Malacca, London : John Murray.
Newbold, T.J., (1839).
MASA DEPAN TENUN PAHANG Tenun Pahang telah menjadi Seni Warisan Kraftangan Negeri Pahang sejak 2 Abad yang lalu. Diperkenalkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 1960 dengan tertubuhnya Pusat Tenun Pahang yang pertama di Pulau Keladi, Pekan. Bermula dari tahun 1995 sehingga kini PKNP telah mengambil inisiatif untuk memaju dan membangunkan semula Tenun Pahang DiRaja bagi memastikan Kain Tenun Pahang DiRaja. sentiasa kekal sebagai Warisan Seni Negeri Pahang. Beberapa usaha telah disusun oleh PKNP bagi mengembangkan perusahaan ini. Antaranya tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan : Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg.Soi Kuantan dibina pada tahun 2000 bagi menyokong aktiviti pengeluaran, latihan & kegiatan R&D. Penekanan kepada kualiti, kuantiti dan kepelbagaian produk. Awal operasi hanya menempatkan seramai 6 orang peserta dan sehingga kini terdapat seramai 28 peserta dan 2 orang penyelia. Aktiviti Pusat tersebut adalah terdiri : Peserta adalah terdiri dari penduduk sekitar spt Kg. Pantai Sepat, Kempadang, Anak Air, Soi dan Peramu. Terdapat seramai 10 orang penenun mahir, 10 orang dikatagorikan sebagai penenun separuh mahir dan tidak mahir serta 8 orang peserta bagi proses penyediaan benang hingga ke papan gulung. Anggaran pengeluaran setahun Kain Tenun Pahang DiRaja adalah sebanyak 3000 meter. Perancangan Masa Depan
Pembinaan bangunan tambahan bersambungan dengan Pusat Pengembangan Tenun sediada bagi menampung kapasiti pengeluaran yang semakin meningkat serta lanjutan kepada Pelancaran Tenun Pahang DiRaja pada 8 Mei 2006.
Menempatkan ruang R&D, pejabat, showroom dan jahitan. Dianggarkan berjumlah RM1 juta.
Menempatkan sebanyak 60 unit 'Kek Tenun' dan peralatan yang terlibat spt mesin spinning, menggulung, mewarna.
Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja, Kg. Soi, Kuantan (Pusat Pengeluaran). Pusat ini terletak di Pusat Pertumbuhan Desa Kg. Soi, Kuantan. Kedudukannya 12 km dari Bandar Kuantan Mula beroperasi Tahun 2000. Di sini ada menjual kain sutera dengan harga antara RM30 hingga RM1,200 bergantung pada jenis produk yang ditawarkan. Turut menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi :- Pusat Pengembangan Tenun Pahang Kg. Soi, Jalan Kempadang Perdana 1, 25150 Kuantan. HP : 013-9863068 (Pn. Zila Md Saud) Galeri Tenun Pahang (Pusat Jualan dan Promosi) Produk-produknya Terletak di Kompleks Teruntum, Kuantan GALERI TENUN PAHANG Lot 1-47 , Kompleks Teruntum, 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur Tel : 09-5562344 Fax : 09-5158746 Isnin hingga Jumaat (10.00 am - 6.00 pm) Sabtu (10.00 am - 5.00 pm)
Salam kpd ustaz bad,
ReplyDeleteapalah kiranya ustaz bad mengizinkan saya mengulang siar artikel ustaz bad ini di blog saya krn sbg anak jati phg, sy juga rasa terpanggil utk maklum kpd pembaca blog saya tntg apa yg bagus2 yg ada di phg...
salam singgah....
Salam kembali. Takder helnya weh. Asal jangan lupa bagitau sumbernya jer...
ReplyDeleteSalam wrt ustaz bad,
ReplyDeletetrima kasih atas keizinan. Insya Allah sy akan publish kan dan akan beritahu sumbernya. Itu cam promote ustaz bad punye blog jugak tuh...kekeke...;p
ust mintak izin share maklumat...
ReplyDeleteBoleh jer. Keknya nak share demane weh? Blog deme kosong jer te :)
ReplyDeleteada tak buku yg ditulis mengenai tenun pahang? mohon share. saya perlu kan utk kajian sejarah tingkatan 6 saya. tq
ReplyDeleteAssalam ustaz Bad, minta izin share maklumat untuk salasilah keluarga saya...terima kasih.
ReplyDelete