Carian di Pancapersada

Yang Sudi Singgah

Thursday, August 7, 2014

Dato’ Setia Bakti Wong Ah Jang

Wong Ah Jang
The Straits Times, edisi 8 Februari 1959, halaman 11

Sekitar tahun 1920-an, salah seorang taukeh Cina yang amatDato Wong Ah Jang terkenal di Kuantan adalah Dato’ Kurnia Setia Bakti Wong Ah Jang. Beliau yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan, memiliki aset yang banyak pada zaman itu. Antaranya, beliau memiliki bangunan 3 tingkat pada tahun 1925 yang mengadap Sungai Kuantan. Kediaman beliau tersebut merupakan satu-satunya kediaman yang memiliki sistem kumbahan dan air yang moden. Selain itu, beliau juga memiliki bangunan besar mengadap jalan Telok Sisek yang masih baik keadaannya hingga sekarang serta ladang getah yang kini merupakan tapak SK Sultan Abdullah sekarang.

Sejarah

Dato’ Kurnia Setia Bakti Wong Ah Jang, dilahirkan di China danLoke Yew berhijrah ke negeri Pahang ketika berusia 15 tahun. Menurut kisah yang diceritakan anak sulung beliau, Dato’ Setia Bakti Wong Kwan Tan kepada wartawan Tai Sing Onn; mendiang ayahnya datang ke Kg. Kuantan pada tahun 1890 dalam keadaan miskin. Ketika mula-mula tiba di Kuantan, beliau bekerja selama beberapa tahun di lombong besi di Sg. Belat milik tycoon terkenal Malaya ketika itu, Loke Yew atau Ru You (gambar sebelah).

Berniaga

Menurut Dato’ Wong Kwan Tan, mendiang ayahnya sangat berjimat cermat dengan gaji yang diperolehi kerana ingin mengumpul modal membuka perniagaan. Akhirnya setelah cukup simpanan, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan menjadi pengedar senjata dan peluru di bandar Kuantan. Kegigihan beliau berusaha menjadikan perniagaannya berkembang maju. Menurut anaknya lagi, beliau menjadi orang pertama di Kuantan yang mendapat lesen sebagai pemborong dan pengedar getah di Kuantan.
Wong Ah Jang 1
Wong Ah Jang 2
Restoran dan kelab malam milik Wong Ah Jang di jalan Telok Sisek pada tahun 1925. Selepas kematian beliau, Nan Keng Hotel mengambil bangunan ini pada tahun 1930. Kini ia merupakan bekas kedai perabot Bukit Jelita (Lila Wadi), bersebelahan bangunan Kastam lama.

Ketika inilah kehidupan Dato’ Wong Ah Jang berubah. Ini kerana pada awal tahun 20-an, harga getah telah melonjak naik disebabkan permintaan yang tinggi. Perniagaan ini telah menjadikan beliau antara orang terkaya pada zaman tersebut.

Selain menjadi pemborong dan pengedar getah, beliau jugaFord 20 merupakan orang pertama yang memulakan perniagaan pengangkutan awam bermotor di Kuantan. Pada tahun 1920, jalan Kuantan-Beserah telah mula dibuka. Dengan menggunakan lori Ford (ruang belakang berbangku kayu yang mudahalih), beliau menjalankan perniagaan mengangkut penumpang serta sewa membawa barang-barang dengan tambang 50 sen untuk jarak perjalanan sejauh 6 batu.

Kemasyarakatan

Dalam bidang kemasyarakat, beliau merupakan antara pengasas Kheng Chew Wooi Kuan (Persatuan Kheng Chew) dan bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan Hainanese Club di jalan Bukit Ubi (sekarang masih terletak bersebelahan Court Mammoth).
Hainanese Club 2

Mendiang juga bersahabat baik dengan KDYMM Almarhum Sultan Abdullah al-Mu’tasim Billah Ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Mu’azam Shah (1914 -1917) hingga dikurniakan Dato’ Yang Kehormat Pahang (Dato’ Kurnia) oleh baginda pada tahun 1925. Beliau juga menerima anugerah JP (Justices of the Peace) serta Sijil Kehormat King George V (Malayan Certificate of Honor)*.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1929 ketika berusia 55 tahun dan disemadikan di estetnya di Air Putih.

Patriotik

Satu perkara yang unik mengenai Dato’ Wong Ah Jang, beliau memiliki kecintaan yang amat mendalam terhadap negeri Pahang. Buktinya, beliau telah menamakan anak-anak lelakinya dengan:

Wong Kwan Tan (Kuantan),
Wong Boo Lat (Sungai Belat),
Wong Gambang,
Wong Lembing,
Wong Pekan,
Wong Lipis,
Wong Bentong,
Wong Jelai,
Wong Raub

Selain itu beliau turut menamakan anak-anak perempuannya dengan (kecuali anak perempuan sulungnya sahaja yang bernama Ruth):

Wong Pahang,
Wong Beserah dan
Wong Pontian

Budaya cintakan tanah air ini tidak terhenti setakat itu. Apa yang menarik, tidak seorangpun dikalangan ahli keluarga Wong Ah Jang yang menetap di luar negeri Pahang:

Wong Ruth menetap di Sungai Lembing,
Wong Kwan Tan dan Wong Pekan menetap di Kuantan,
Wong Pahang dan Wong Lipis menetap di Mentakab,
Wong Pontian dan Wong Gambang menetap di Pekan,
Wong Pekan dan Wong Beserah menetap di Bentong,
Wong Belat di Kuala Lipis dan
Wong Bentong di Raub.

Ketika berita tersebut disiarkan (Februari 1959), 3 orang anak lelakinya iaitu Wong Lembing, Wong Jelai dan Wong Raub telah meninggal dunia.
WAJ
Dato’ Wong Ah Jang (duduk, 8 dari kanan) meraikan Pegawai Daerah Kuantan, J.I Miller dan isterinya yang ingin berangkat balik ke England. Kelihatan juga Wong Lipis (duduk, 2 dari kanan) dan anak ke-8, Wong Pekan (duduk, 2 dari kiri)

*The Certificate of Honour dizahirkan pada tahun 1927, merupakanCertificate of Honor Medal pengiktirafan kepada rakyat di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang banyak berjasa. Penerima anugerah ini akan menggunakan singkatan gelaran CH (bagi rakyat Negeri-Negeri Selat) dan MCH atau Malayan Certificate of Honor bagi rakyat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Anugerah ini agak eksklusif kerana hanya 6 orang sahaja yang layak menerimanya dalam setahun. Penerima anugerah ini akan mendapat sijil yang ditandatangan oleh Pesuruhjaya Tinggi British (atau Gabenor Negeri-Negeri Selat). Anugerah ini telah dimakzulkan pada tahun 1941.

3 comments:

  1. Salam Ustaz
    Saya peminat sejarah dan bahan Warisan. saya amat memerlukan bahan sejarah matawang negeri Pahang sebelum kedatangan British ke Pahang. Mohon bantuan ustaz kalau ada maklumat. Ini emeil saya Sharuddin58@yahoo.com dan blog saya wwwsharuddin58.blogspot..com dan phone saya 0199185858.

    ReplyDelete
  2. Salam kembali Yang Hormat Dato' Sharuddin bin Yusof

    Saya merasa sangat terhormat menerima kunjungan YH Dato' ke Panca Persada.

    Kami di Persatuan Sejarah Pahang teruja dengan inisiatif Dato' yang menjurus kepada kajian Numismatik tentang pengunaan Matawang di Negeri Pahang. Moga Allah permudahkan usaha Dato' mendokumenkan "Sejarah Matawang Kesultanan Negeri Pahang".

    Kami difahamkan (maaf jika saya tersilap), Dato' memiliki 6 keping pitih timah Pahang pertama era Sultan Muhammad Shah 1 (1470 - 1475) yang extremely rare.

    Ini agak menarik sebab setakat ni berdasarkan rekod, kita hanya kenal dengan 1/16 dolar Tampang era Bendahara Siwa Raja Tun Ali (1819).

    Bagi menambahkan maklumat berkenaan matawang Pahang, saya dengan rendah diri mengesyorkan sebuah artikel bertajuk "Matawang di Negeri Pahang", hasil kajian Mohd. Kassim bin Haji Ali (bekas Kurator Etnologi di Jabatan Muzium dan Antikuiti) dalam buku "Pahang: Sejarah dan Budaya", terbitan Lembaga Muzium Negeri Pahang tahun 2000.

    Gandingan Kassim Ali – William Shaw sebelum ini memang terkenal dengan karya-karya monumental mereka seperti “Paper Currency of Malaysia, Singapore & Brunei”, “Tin Hat and Animal Money”, “Coins of North Malaya” dan “Panduan Mengumpul Duit Lama”. Namun saya melihat kajian mereka lebih berlegar kepada coins di Kedah, Kelantan-Patani dan Terengganu. Justeru huraian beliau dalam buku "Pahang: Sejarah dan Budaya" agak signifikan untuk dibaca.

    Selamat berNumismatik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikom Ustaz

      Terima kasih atas penerangan dan nasihat dari Ustaz . Saya adalah peminat blog ustaz dan selalu mengikutinya .
      Memang saya ada memiliki coin timah 6 keping yang dijumpai di Pekan baru - baru melalui pencarian mengunakan alat metal detactor . Duit timah ini adalah dipercayai syiling Sultan Muhamad Shah 1 berdasarkan rekabentuknya .
      Namun didalam buku Hukum Kanun Pahang tidak ada terdapat pengunaan pitis timah ini hanya terdapat matawang pertukaran dan denda pada masa itu mengunakan emas urai dan sukatan 10 tahil sepaha.
      Buat masa ini saya masih membuat kajian tentang pitis timah Sultan Muhamad Shah 1 ini. Saya sedang menyediakan data-data untuk menerbitkan buku khusus Matawang Negeri Pahang .
      Saya juga memilikki pelbagai duit Tampang topi pahang daripada timah dan silver didalam pelbagai denominasi . dan juga beberapa keping coin jokoh cina yang pernah digunakan di pahang pada masa itu.
      saya berharap jika ada masa mengizinkan saya hendak berjumpa ustaz untuk mendapat nasihat ustaz dalam penulisan buku ini.

      Terimakasih
      Sha banknote ( Facebook saya )

      Delete