Carian di Pancapersada

Yang Sudi Singgah

Saturday, January 7, 2012

YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Gering

Tengku SeriBaru-baru ini hamba berpeluang menziarahi YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Hajjah Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah, 84 (gambar atas) yang sedang gering di wad ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan. Secara peribadi, hamba pernah diundang oleh beliau ke kediamannya di Pekan bagi menyampaikan ceramah pada 27 Februari 2008.

Sebagai makluman, YAM Tengku Seri merupakan kekanda sulung dan sebonda dengan KDYMM Sultan Pahang sekarang. Sebagai puteri sulung, YAM amat dikasihi oleh ayahandanya Almarhum Sultan Abu Bakar dan bondanya DYMM Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah.

Berdasarkan catatan, YAM Tengku Seri pernah bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu apabila berkahwin dengan Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Ali Shah ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (memerintah Terengganu pada 26 September 1942 – 5 November 1945). Hasil perkahwinan tersebut, YAM telah dikurniakan seramai 3 orang cahayamata iaitu :

1. YH Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali (Pegawai Protokol Istana Abu Bakar, Pekan)

2. Y.M. Tengku Besar Aisha binti Tengku Ali

3. Y.M. Tengku Afzam (Hizan) binti Tengku Ali

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah sebagai adinda ketiga, kelihatan begitu prihatin atas perkembangan kesihatan kekandanya itu. Ketika hamba tiba di Wad Diraja HTAA semalam, KDYMM Tuanku baru sahaja berangkat pulang. Ketika itulah hamba dimaklumkan YAM Tengku Seri terpaksa dipindahkan ke wad ICU kerana mengalami masalah pernafasan.

Royal FamilyRakaman foto keluarga pada tahun 1932. YAM Tengku Seri duduk di kerusi paling kanan, sementara KDYMM Sultan Hj. Ahmad Shah di kerusi sebelah kiri disamping ayahanda, Almarhum Sultan Abu Bakar (berdiri, kiri) dan bonda, Almarhumah Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah

Panca Persada mendoakan agar YAM Tengku Sri dan kerabat dikurniakan ketenangan menghadapi ujian ini.

2 comments:

  1. Pembetulan. Perkhawinan pertama 3 orang cahaya mata

    3) Y.M Tengku Dato Azam Khatijah binti Tengku Ali

    Perkhawinan ke2 (- 4 orang cahaya mata )

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih tokoh wirausahaniaga sudi singgah di sini...

    Terima kasih atas pembetulan. Rujukan sebelum ini di http://www.royalark.net/Malaysia/treng12.htm

    Salam

    ReplyDelete