Carian di Pancapersada

Yang Sudi Singgah

Thursday, August 4, 2011

Selamat Hari Ulangtahun ke-51 KDYTM Tengku Puan Pahang

TP

KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah binti al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj diputerikan pada hari Jumaat tanggal 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru. Baginda merupakan anakanda keempat kepada DYMM Almarhum Sultan Iskandar al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail (Sultan Johor) dengan Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Kalsom Abdullah @ Josephine Ruby Trevorrow. Paduka kekanda baginda yang lain ialah :

1. Tengku Puan Panglima DiRaja, Tunku Hajjah Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar

2. Tengku Besar, Tunku Hajjah Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar

3. Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar

4. Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah binti Almarhum Sultan Iskandar

Tengku Puan

Pendidikan awal KDYTM Tengku Puan Pahang bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Royal CoupleDijodohkan dengan KDYTM Tengku Mahkota Pahang pada tanggal 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Perkahwinannya dengan KDYTM Tengku Mahkota Pahang itu sebenarnya mengulangi sejarah tradisi kesultanan Johor – Pahang yang juga pernah menyaksikan pernikahan moyang beliau pada abad ke-19 iaitu Sultan Abu Bakar Johor dengan seorang puteri Pahang dan juga pernikahan Sultan Mahmud Pahang dengan kerabat Johor yang bergelar Tengku Ampuan Mariam. Moga dipanjang usia, ditambah ketaqwaan dan tawadhuk. Mudah-mudahan dapat mendidik paduka anakanda putera dan puteri menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.


Muadzam 2

Meraikan ulangtahun tiga serangkai di Masjid al-Muadzam Shah pada 2 Ogos 2011…KDYTM Tengku Mahkota (30 Julai), KDYTM Tengku Puan Pahang (5 Ogos) dan YM Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah (3 Ogos)

No comments:

Post a Comment