Carian di Pancapersada

Loading...

Yang Sudi Singgah

Friday, October 7, 2011

Yang Mulia Datuk Paduka Maharaja Lela Tengku Dato' Haji Asmawi Diisytihar Yang Dihormat Orang Kaya Indera Segara

Ku AsmawiYang Hormat Dato' Setia Perkasa (Orang Besar Berlapan Pahang), YM Tengku Dato' Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin, DSAP., DIMP., SAP., AMN. kini bergelar Yang Dihormat Orang Kaya Indera Segara. Gelaran Orang Besar Berempat (Four Noblemen of The Royal Court) ini dikurniakan kepada beliau selepas penyandangya, Tengku Dato' Haji Ibrahim bin Tengku Muhammad kembali ke Rahmatullah. Beliau yang juga merupakan Datuk Paduka Maharaja Lela (Lord Chamberlain of His Majesty's Household), adalah cucuanda kepada Almarhum Sultan Sir Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah (Sultan Pahang ke-3).

Kebiasaannya semasa adat istiadat rasmi di Istana Abu Bakar (IAB), selaku Ketua Menjalankan Adat Istiadat; beliau adalah antara pembesar istana yang paling sibuk menyelaraskan istiadat dalam istana. Namun memandangkan kini beliau bergelar Orang Besar Berempat, tidak dapat dipastikan bagaimana kedudukan beliau semasa istiadat Hari Kalung yang akan berlangsung di IAB pada 24 Oktober ini.

Dengan pengisytiharan ini, beliau secara tradisinya berkuasa di wilayah Temerloh bermula dari Kuala Tekoh ke Pasir Purun (Dr. W. Linehan, JMBRAS, vol. XIV, pt. II, 1936, hlm. 201).

Tahniah Dato’ Orang Kaya…

2 comments:

  1. Assalamualaikum wrt.
    Ustaz, mohon kalau ustaz boleh lanjutkan penerangan mengenai proses pemilihan/penggantian dan seterusnya pelantikan orang besar berempat di negeri kita ini. mungkin ada mesyuaratnya, mungkin ada prosedurnya.

    ReplyDelete
  2. Salam kembali ya Syeikh ar-Raubi...

    Proses pemilihan atau penggantian para pembesar negeri Pahang moden adalah bermula dari pekenan KDYMM Tuanku Sultan.

    Selepas itu ia akan dimuktamadkan dalam jawatankuasa Jemaah Pangkuan DiRaja Negeri Pahang (dulu dikenali sebagai Jemaah Pangkuan Negeri) yang terdiri daripada 34 orang ahli.

    KDYTM Tengku Mahkota Pahang merupakan Pengerusi Jemaah ini yang dianggotai oleh Orang-Orang Besar Negeri, Kerabat-Kerabat Bergelar, Dato'-Dato' Bergelar dan individu-individu terpilih (YH Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim (2010, "Raja & Rakyat Berpisah Tiada" Bab “Peranan Kerabat & Para Pembesar Negeri Pahang” hlm. 151)

    Wallahu'alam

    ReplyDelete