Carian di Pancapersada

Yang Sudi Singgah

Wednesday, June 9, 2010

Hari Ulangtahun TUDM ke-52

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah Ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-52 pada 01 Jun 2010 yang lalu bertempat di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi.


Dalam perbarisan ini juga KDYMM Tuanku juga telah berkenan untuk merasmikan pelancaran logo 'Air Force-Next Generation' yang merupakan simbolik kepada transformasi ke arah 'TUDM-Generasi Masa Depan'. Turut hadir pada perbarisan ini adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia (Brigedier Jeneral) Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah merangkap Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.


KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang merupakan Kolonel Kehormat TUDM (Marsyal) telah menitahkan agar TUDM memantapkan lagi struktur organisasi, membentuk modal insan yang profesional dan berusaha memiliki aset yang berkualiti serta canggih sebagai teras dalam menjayakan strategi itu.


KDYMM Sultan Ahmad Shah dan Jeneral Dato' Sri Rodzali bin Daud
selepas melancarkan logo Air Force Next Generation pada pesawat pengangkut VIP CN-235 sempena Ulang Tahun TUDM Ke-52, di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur

1 comment: