Blog ini dikelolakan oleh anakanda kepada Y.A.M Almarhumah Tengku Dato' Putri Kamariah binti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah iaitu YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.
Seperkara yang menarik yang ingin saya kongsikan hasil dari kajian blog tersebut, terdapatnya susunan susur galur salasilah keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib seperti berikut :
1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak
2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein
3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib (gambar atas)
4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak
5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain
6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin
7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman
8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk
* Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib ini pernah terputus kerana jatuh ke tangan Che Osman, yang merupakan anak kepada Imam Perang Indera Mahkota Gendut. Namun gelar tersebut dikembalikan semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 5).
Salasilah Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib Berketurunan Bugis
Menurut YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail, keturunan Bugis Dato' Sri Haji Mohd. Najib adalah dari Che Embong yang berkahwin dengan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, YDH Jahidin @ Chalidin. Che Embong binti Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2, YDH Jenal yang berkahwin dengan Che Mas binti Tok Pondek bin Tok Pongkeng bin Tok Tuan @ Karaeng Aji @ Karaeng Agang Jene Mohammad Nasiruddin bin La Pattau Arumpone Bone bin Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakung Raja Gowa 19 bin I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.
Jika merujuk pula kepada buku tulisan Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, dinyatakan pula bahawa Dato' Hussein (ayahanda Tun Abdul Razak) berasal dari keturunan To' Tuan, seorang bangsawan Bugis yang datang ke Pahang pada tahun 1772 dan berkahwin dengan seorang gadis Pahang. To' Tuan menetap di Pahang dengan membuka perusahaan tenun sutera.
(rujuk : http://pancapersada.blogspot.com/2009/09/sejarah-tenunan-sutera-pahang.html).
Cicit perempuan To' Tuan iaitu To' Mas telah berkahwin dengan To' Bandar Jenal (Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2) iaitu anak kepada To' Tondek (hlm. 5). Bonda kepada Tun Abdul Razak pula iaitu Teh Fatimah binti Daud (gambar sebelah) merupakan keturunan Sultan Hasanuddin yang memerintah Sulawesi pada pertengahan kurun ke-17 (rujuk lawatan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak ke Ujung Pandang, Sulawesi pada 2 Mei 1972).
Selain itu, disebut juga susur galur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib dari keturunan bangsawan Johor – Bugis yang berhijrah ke Pahang dalam kurun ke-18. Justeru tidak hairanlah tatkala Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak belayar menggunakan K.D Hang Tuah ke Sulawesi pada tahun 1972, beliau telah disambut sebagai wira. Ketika itu beliau telah dianugerahkan gelaran bangsawan Bugis, La Tatta Ambralla Daeng Manesa (Perkasa, Pahlawan, Tetap Sekali, Teguh Pendirian dan Laksamana), dipakaikan songkok kehormatan tertinggi Bugis, disisipkan keris pusaka bersalut emas berusia 200 tahun dan dihadiahkan sebuah kapal layar Bugis (penisi) dengan kemampuan muatan 70 tan (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 56).
Barisan hulubalang Bugis menyambut Abdul Razak sebagai kepulangan anak Bugis dari pelayaran yang penuh kejayaan
Gabenor Sulawesi Selatan, Ahmad Chamil keris pusaka bersalut emas berusia 200 tahun bersempena pengurniaan gelaran La Tatta Ambarala Daeng Manesa
asalamualaikum,terima kasih diatas kata2 diatas semoga kita bersama-sama berjuang demi warisan dan khazanah bangsa melayu
ReplyDeleteSalam kembali. Terima kasih jua atas kesudian singgah di tangga Pancapersada
ReplyDeletesalam. ingin bertanya akan panggilan Cha'ki oleh sesetengah orang di kg langgar pekan, kepada ayah/bapa mereka. dari mana panggilan tersebut wujud..?
ReplyDeleteAda lagi saya panggil ayah saya aki. Ayah bagi org Bugis. Che aki utk yg lebih tua.
DeleteAda lagi saya panggil ayah saya aki. Ayah bagi org Bugis. Che aki utk yg lebih tua.
DeleteAdakah anak encik juga mengelarkan encik cakki..
DeleteAdakah anak encik juga mengelarkan encik cakki..
DeleteSaya masih kekalkan panggil kepada ayah cakki...begitu juga anak anak saya panggil saya cakki
DeleteSepanjang yang saya ketahui, panggilan Cha'Ki adalah panggilan bagi To' Khatib Kampar yang berkahwin dengan puteri pong. Panggilan ini diteruskan oleh Keturunan To' Khatib Kampar. Cha'Ki adalah ganti nama bagi Tuan. Wallahua'lam
ReplyDeleteSalaam Ustaz, arwah to'ki sebelah ibu saya, Hj Abdullah (London@Bakul), adalah sepupu kpd Teh Fatimah, kerana ibu beliau Mariah dan bapa Teh Fatimah iaitu Hj daud adalah adik beradik. Dapatkah Ustaz maklumkan nama ibu bapa kedua2 mereka dan susur-galur ke atas. Saya sedang mengkaji salasilah keturunan saya. Syukran jaziilan. (",)
ReplyDeleteSalam admin dan f_mgh. Saya terpanggil untuk mencari salasilah keluarga sebelah ayah saya. Bila terlihat tulisan f_mgh sy teringat sesuatu. Nenek saya pernah prnh memberitahu saya semasa kecil keluarga adalah dari kerabat diraja pahang. Ayah saya bin taib atau mohd taib. Manakala taib bin abu bakar. Adik beradik ayah pula ada yg nama dayang dan mariah. Jika ada apa2 bolehlah hubungi saya untuk lebih jelas 01116375750
DeleteSalam Ustaz, saya dapati ada seorang kawan saya, moyangnya bernama Lingga bin Jenal. Adakah Jenal di sini merupakan Orang Kaya Indera Syahbandar Kedua Pekan?
ReplyDeleteSalam kembali Saudari Nemi...
ReplyDeleteBagi memastikan adakah Lingga bin Jenal itu merupakan anak kepada To' Bandar Jenal (OKIS ke-2), maka beberapa langkah mudah boleh diambil :
Sila pastikan, adakah moyang perempuan rakan saudari itu bernama Che Mas binti Tok Pondek atau nama panjangnya : Che Mas binti Tok Pondek bin Tok Pongkeng bin Tok Tuan @ Karaeng Aji @ Karaeng Agang Jene Mohammad Nasiruddin bin La Pattau Arumpone Bone bin Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakung Raja Gowa 19 bin I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone?
Jika bukan, maka beliau bukan dari jalur To' Bandar Jenal (Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2).
Sekian.
Terima kasih Ustat.
DeleteIbu saudara rakan saya itu Seniwati Sarimah. Beliau anak kepada Habibah binti Lingga bin Jenal. Adakah mereka ini keturunan Orang Kaya Syahbandar Jenal?
Sekali lagi mohon maaf...
DeleteAtas kedaifan hamba, soal nasab bukanlah bidang kepakaran.
Dengan rendah diri hamba mencadangkan agar saudara berhubung secara maya dengan YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail. Beliau antara pengurus aktif di laman penjejak waris keturunan http://www.geni.com/ .
For me, this ‘geni’ can solve the problem of genealogy and family building tree.
Salam kembali saudara f_mgh…
ReplyDeleteMaaf hamba lewat membalas. Dalam suasana hambatan tugasan harian, hal sebegini agak sulit untuk dikaji. Dengan rendah diri hamba mencadangkan agar saudara berhubung secara maya dengan YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail. Beliau antara pengurus aktif di laman penjejak waris keturunan http://www.geni.com/ . For me, this ‘geni’ can solve the problem of genealogy and family building tree.
Sekian.
Bolehkah sy berhubung terus dgn beliau menerusi talian telefon atau berjumpa krn lebih senang utk berbicara. Di mana blh sy ketemu beliau tok bad? Sy juga ingin menghubungi bendahara zamin eran. Bolehkah tok bad beri sedikit info utk sy hubungi beliau.Atau tok bad blh maklumkn contact number saya.
DeleteTuan menulis:
ReplyDelete2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein (gambar bawah)
Sebenarnya itu bukanlah gambar Tun Razak tetapi gambar ayahandanya Dato' Hussein.
Corrected with thanks...Syukran
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteJust nak tahu.. pernah dengar cerita pasal 4 beradik iaitu Jaafar Ali, Merah Ali, Sidrah Ali dan Soho/Solo Ali..? Menurut cerita lisan, mereka smpai semasa istana pahang dirampas pemberontak dan sultan pahang semasa tu telah lari..
Juga nk tahu pasal Imam Perang Weh/Wei..
Terima Kasih
ammar.mpsb@gmail.com
Salam, Ammar, saya salah seorang waris Imam Perang Weh,,,Datuk saya bernama Hj.Awang Bin Imam Perang Weh, saya sedang menngumpul fakta sejarah tentang mereka ni...Waris yang masih hidup ada di Kg Chempaka Lanchang Pahang. Namanya Mohd Nawawi bin Hj Awang. Inilah yang paling tua yg masih hidup. silalah berjumpa dengan beliau untuk mengetahui maklumat tentang 4 beradik yang datang dari Brunei ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteWan Chu Pecot (?) jugak anak/cucu kepada Imam Perang Weh?
DeleteDengor rata2nya x nk bercerita pasal 4 beradik ni.. even ada yg ke brunei pun x dpt nk korek
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamulaikum...saya cuma nak tahu...adik beradik dato husin ada berapa orang...ada tak yang bernama teh...kalau ada saya cuma nak tahu nama suaminya...sebab saya dari jalor teh...dari anaknya bernama mayam....dari suaminya bernama raja jahya....dari anok mayam bernama tengku abdul majid( raja jaafar)....dan kami 12 orang adik beradik.....
Deletesaya cuma inginkan kepastian, adakah nama sebenar To' Bandar Jenal ialah Syed Zainal Al-attas? atau dua nama ini merupakan individu yg berbeza.
ReplyDeleteEmak saya ada bgtahu yg datuk kpd PM adalah sepupu kepada datuk sebelah ayahnya emak saya dan kuburnya bersebelahan. Tahukan nama dia siapa kerana aki sy diceritakan peranakan Cina (dari budak hadiah dari Maharaja China kepada Sultan Pahang dahulu) dan Melayu Pahang, tetapi dia dari isteri yg ketiga yg mempunyai 13 orang anak dan diletakkan sekampung di daerah Paka. Aki saya boleh berbahasa Cina dan berambut lurus tegak seperti Cina. Adakah sesiapa tahu susur galur terperinci berdasarkan cerita ini?
ReplyDeleteTlg kongsi maklumat dengan saya di: eyffa209@gmail.com. Terima kasih.
Maaf: ralat - eyffa2009@gmail.com
DeleteKubur di Pekan, Pahang
Salam ustaz. Saya mencari bapa angkat saya. Anak bongsu Orang Kaya Indera Syahbandar ke 9 YDH Dato' Hussein Bin Awang Muhammad Taib yang bernama Ahmad. Bapa angkat saya ni dulu belajar dan kerja di london sebagai accountant. Kemudian bapa duduk dengan keluarga saya di setiawangsa. Setelah arwah ayah saya meninggal bapa duduk di jalan duta. Saya habis belajar di uk tahun 2009, bapa angkat saya ni dah tak duduk di jalan duta. Saya masih mencari beliau hingga sekarang. Saya risaukan keadaan dan kesihatan bapa angkat saya ni. Dia seorang diri dan tidak berkahwin lagi. Khabarnya tinggal bersama dengan abang nya seorang Datuk juga tinggal di TTDI. Bapa saya seorang yang penyayang dan prihatin. Arwah ayah saya ada tinggal beberapa wasiat untuk bapa saya. Saya dan ibu saya berasa sedih kerana sehingga kini saya masih belum dapat maklumat tentang bapa saya ini. Kalau ustaz boleh tolong atau sesiapa saja yang kenal atau tahu berkenaan dengan bapa saya ini sila beritahu saya di alamat email saya mrstbms@gmail.com
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi.