Hari ini (15 September, jam 10.00 pagi) Yang Dipertua
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), KDYTM Tengku Mahkota
Pahang berkenan mempengerusikan Mesyuarat MUIP Kali Ke-166 Di Wisma MUIP Pekan
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri DiRaja Menteri Besar Pahang,
Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Dihormat Dato’ Sri Timbalan
Yang Dipertua MUIP, Yang Berhormat Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang,
Yang Hormat Dato’ Sri Mufti Pahang, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan Ahli-Ahli
Majlis Ugama Islam Pahang turut hadir pada mesyuarat hari ini.
Sebagai perkongsian maklumat, Ahli Majlis Ugama Islam dan
Adat Resam Melayu Pahang (yang dilantik berdasarkan perkenan), diiktiraf
sebagai antara jawatan Orang Besar Negeri Pahang; sama seperti Orang Besar
Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Raja, Orang Besar Enam Belas, Orang
Besar Istana dan Ahli Jumaah Pangkuan Negeri.