Sekitar tahun 1920-an, salah seorang taukeh Cina yang amat terkenal di Kuantan adalah Dato’ Kurnia Setia Bakti Wong Ah Jang. Beliau yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan, memiliki aset yang banyak pada zaman itu. Antaranya, beliau memiliki bangunan 3 tingkat pada tahun 1925 yang mengadap Sungai Kuantan. Kediaman beliau tersebut merupakan satu-satunya kediaman yang memiliki sistem kumbahan dan air yang moden. Selain itu, beliau juga memiliki bangunan besar mengadap jalan Telok Sisek yang masih baik keadaannya hingga sekarang serta ladang getah yang kini merupakan tapak SK Sultan Abdullah sekarang.
Sejarah
Dato’ Kurnia Setia Bakti Wong Ah Jang, dilahirkan di China dan berhijrah ke negeri Pahang ketika berusia 15 tahun. Menurut kisah yang diceritakan anak sulung beliau, Dato’ Setia Bakti Wong Kwan Tan kepada wartawan Tai Sing Onn; mendiang ayahnya datang ke Kg. Kuantan pada tahun 1890 dalam keadaan miskin. Ketika mula-mula tiba di Kuantan, beliau bekerja selama beberapa tahun di lombong besi di Sg. Belat milik tycoon terkenal Malaya ketika itu, Loke Yew atau Ru You (gambar sebelah).
Berniaga
Menurut Dato’ Wong Kwan Tan, mendiang ayahnya sangat berjimat cermat dengan gaji yang diperolehi kerana ingin mengumpul modal membuka perniagaan. Akhirnya setelah cukup simpanan, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan menjadi pengedar senjata dan peluru di bandar Kuantan. Kegigihan beliau berusaha menjadikan perniagaannya berkembang maju. Menurut anaknya lagi, beliau menjadi orang pertama di Kuantan yang mendapat lesen sebagai pemborong dan pengedar getah di Kuantan.
Ketika inilah kehidupan Dato’ Wong Ah Jang berubah. Ini kerana pada awal tahun 20-an, harga getah telah melonjak naik disebabkan permintaan yang tinggi. Perniagaan ini telah menjadikan beliau antara orang terkaya pada zaman tersebut.
Selain menjadi pemborong dan pengedar getah, beliau juga merupakan orang pertama yang memulakan perniagaan pengangkutan awam bermotor di Kuantan. Pada tahun 1920, jalan Kuantan-Beserah telah mula dibuka. Dengan menggunakan lori Ford (ruang belakang berbangku kayu yang mudahalih), beliau menjalankan perniagaan mengangkut penumpang serta sewa membawa barang-barang dengan tambang 50 sen untuk jarak perjalanan sejauh 6 batu.
Kemasyarakatan
Dalam bidang kemasyarakat, beliau merupakan antara pengasas Kheng Chew Wooi Kuan (Persatuan Kheng Chew) dan bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan Hainanese Club di jalan Bukit Ubi (sekarang masih terletak bersebelahan Court Mammoth).
Mendiang juga bersahabat baik dengan KDYMM Almarhum Sultan Abdullah al-Mu’tasim Billah Ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Mu’azam Shah (1914 -1917) hingga dikurniakan Dato’ Yang Kehormat Pahang (Dato’ Kurnia) oleh baginda pada tahun 1925. Beliau juga menerima anugerah JP (Justices of the Peace) serta Sijil Kehormat King George V (Malayan Certificate of Honor)*.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1929 ketika berusia 55 tahun dan disemadikan di estetnya di Air Putih.
Patriotik
Satu perkara yang unik mengenai Dato’ Wong Ah Jang, beliau memiliki kecintaan yang amat mendalam terhadap negeri Pahang. Buktinya, beliau telah menamakan anak-anak lelakinya dengan:
Wong Kwan Tan (Kuantan),
Selain itu beliau turut menamakan anak-anak perempuannya dengan (kecuali anak perempuan sulungnya sahaja yang bernama Ruth):
Wong Pahang,
Budaya cintakan tanah air ini tidak terhenti setakat itu. Apa yang menarik, tidak seorangpun dikalangan ahli keluarga Wong Ah Jang yang menetap di luar negeri Pahang:
Wong Ruth menetap di Sungai Lembing,
Ketika berita tersebut disiarkan (Februari 1959), 3 orang anak lelakinya iaitu Wong Lembing, Wong Jelai dan Wong Raub telah meninggal dunia.