Imam Perang Indera Mahkota (kredit kepada YHM Dato' Setia Jaya Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain)
Imam Perang Indera Mahkota Haji Abd. Halim bin Ja'afar bin Ishak bin Mohamad Noor dari Jambi merupakan antara jeneral utama di negeri Pahang yang namanya tercatat dalam naskhah-naskhah sejarah ikhtisas khususnya dalam era Peperangan Bendahara 1857-1863 dan Perang Klang 1872. Sekurang-kurangnya ada 7 jasa beliau yang dirakam sejarah secara rasmi:
Mac 1870: Mengetuai pasukan back-up bagi membantu pasukan Imam Perang Yusoh, Tg. Abd. Samad dan Uteh Gali (pasukan Bendahara) dalam Perang Gali (Middlebrooke, hlm. 45-46 dan 68; Pahang, hlm. 93-94).
Mac
1873: Bendahara Wan Ahmad mengurniakan gelaran “Imam Perang Indera
Mahkota” kepadanya selepas beliau dan Imam Perang Rasu berjaya membantu
menawan Kuala Lumpur (Middlebrooke, hlm. 81; Pahang, hlm. 97).
Mei 1873: Mengetuai angkatan
perang laut dari Pahang yang mengandungi 50 buah perahu bersama 500
pendekar ke Klang. Dibantu oleh Abdullah Bera, dan disertai oleh Wan
Mansur, Wan Ibrahim dan Wan Mahmud (semasa tiba di Klang, telah ada
3,000 pendekar Pahang menanti di Selangor) (Middlebrooke, hlm. 81; Pahang, hlm. 97 dan PESAKA, hlm. 44).
Ogos
1887: Menjadi utusan rasmi Sultan Ahmad bersama Tok Gajah dan Muhammad
Nur ke Singapore untuk bertemu dengan Gabenor Sir Frederic Weld bagi
menyampaikan surat Tuanku (Pahang, hlm. 115).
Disember 1887:
Dititahkan bersama dengan Tok Gajah untuk bertemu Hugh Clifford bagi
membincangkan rang undang-undang pentadbiran di Pahang (Pahang, hlm. 118; Wong, hlm. 133-134).
1889:
Dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri (selain Sultan Pahang,
residen British, Tg. Mahmud, Engku Muda Mansur, Engku Andak, Maharaja
Perba Jelai, Tok Gajah, Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Indera
Shahbandar) (Pahang, hlm. 120, 127 dan 131).
Februari 1892: Dititahkan bersama
Panglima Dalam Muda membawa surat Tuanku kepada Tok Raja di Jelai agar
Tok Raja segera ke Pulau Tawar (Pahang, hlm. 145).
Notes: Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib (Orang Kaya Indera Shahbandar) pernah
terputus kerana jatuh ke tangan Che' Osman, yang merupakan anak kepada
Imam Perang Indera Mahkota. Namun gelaran tersebut dikembalikan
semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib
(rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 5).
Rujukan:
Middlebrooke, JMBRAS jilid XXIV Bahagian II-Julai 1951
W. Linehan, A History of Pahang, JMBRAS jilid XIV Bahagian II-Jun 1936
Wan Mohd. Amin bin Wan Mohd. Said, Pesaka Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka 1966
Prof. Wong Lin Ken, The Malayan Tin Industry to 1914, University of Arizona Press, Tucson 1965
Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteGelaran turun temurun masih digunakan ke?
Salam kembali...
ReplyDeleteTerima kasih sudi menyinggah
Gelaran kurniaan kepada pendekar medan perang kebiasaannya tamat selepas kematian tokoh tersebut. Ianya berbeza dengan gelaran Orang Besar Istana yang dititihkan secara keturunan
Wallahu A'lam
Salam UstazBad,bagaimana cara utk kami menjemput Ustaz dlm program agama?
Deleteustaz....
ReplyDeletetu...keturunan saya tu ustaz. My great great great grandpas. Its from Halim..then pass to Musa..then to Aziz...betul tak? i have their photos.
ReplyDeleteBoleh share gambar itu ke saya
DeleteMoyang koi ni
ReplyDeleteMoyang saya juga belah mak saya...Kamilah bt Abdul Rauf....Ape Khabar Abg Sham...?semoga semua sihat2 semua...-Boi-
DeleteMoyang saya juga belah mak saya...Kamilah bt Abdul Rauf....Ape Khabar Abg Sham...?semoga semua sihat2 semua...-Boi-
DeleteMoyang saya juga belah mak saya...Kamilah bt Abdul Rauf....Ape Khabar Abg Sham...?semoga semua sihat2 semua...-Boi-
DeleteSalam. Apa Maksud gelaran YHM? Mohon penjelasan
ReplyDeleteItula saya turut tertanya maksud gelaran YHM
DeleteSaya mendapat permintaan penggabungan silsilah di website Geni.com atas nama YHM Dato Setia Jaya yang bermarga Al Hinduan
ReplyDeleteItu sebabnya saya searching di google tentang beliau untuk mencari sanak family yang pernah terputus
Kontak whatsapp saya +62 81 237 401 509
Email : muhammadbaqir91@gmail.com